15 May 2013

Panggilan Terakhir - Pertandingan Mencipta Blog - Tarikh Tutup 31 Mei 2013



Pihak PUSPANITA DBP sedang  menganjurkan satu pertandingan mencipta blog individu . Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA DBP sahaja. Pertandingan bermula mulai tarikh 21 April sehingga 31 Mei 2013.

 

Hadiah:

Tempat pertama: Sebuah Power Bank (Portable Charger Battery)  13000mAh  
Tempat Kedua    : Sebuah Power Bank (Portable Charger Battery)  11,200mAh
Tempat ketiga    : Sebuah Power Bank  (Portable Charger Battery)   11,200mAh


Tujuan:

1 Menggalakkan ahli PUSPANITA  membina blog supaya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan.
2. Ahli PUSPANITA dapat membina rangkaian persahabatan secara dalam talian.
3. Ahli PUSPANITA dapat berkongsi berita terkini (politik, agama dan perkembangan dunia)
4. Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan mengikuti teknologi semasa.

Syarat-syarat:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang berdaftar.
  2. Ahli PUSPANITA hendaklah mendaftar dengan menghantar nama dan bahagian dan e-melkan kepada nora1@dbp.gov.my
3.    Blog hendaklah dibina baru dan dan pemarkahan dibuat dari aspek isi, kreativiti dan bermanfaat.

4.    Keputusan hakim adalah muktamad.
  1. Hasil karya boleh menggunakan mana-mana gambar-gambar yang sedia ada di dalam internet.
  2. Ahli PUSPANITA hendaklah  memaklumkan  blog yang  telah siap  ke nora1@dbp.gov.my.
    Sila nyatakan url blog tersebut selewat-lewatnya 1 Jun 2013.

Penilaian:


  1. Segala keputusan adalah muktamad.
  2. Keputusan pemenang akan dimaklumkan di dalam Facebook dan Blog PUSPANITA DBP pada awal bulan Jun 2013.
Contoh blog yang boleh dijadikan panduan:
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment