23 April 2013

Program Kesejahteraan Kesihatan Wanita

Biro Kesihatan (JNJK dan BPG) PUSPANITA Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Program Kesejahteraan Kesihatan Wanita seperti berikut:-

Tarikh : 2 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat :... Dewan Serbaguna
Aras 9 Blok E12 Kompleks E
Kementerian Pelajaran Malaysia
62604 PUTRAJAYA
Ahli Puspanita yang berminat untuk membuat pemeriksaan darah , pemeriksaan Pap Smear serta Memogram sila hubungi  Puan Aishah Salleh (samb. 3093) sebelum 26 April 2013.

22 April 2013

Pakaian Seragam Baru PUSPANITA

PUSPANITA Kebangsaan telah mencetak pakaian seragam baru bewarna ungu dan bercorak bunga raya kuning untuk ahli-ahli PUSPANITA dan kini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada Cawangan Kementerian dan Negeri. Dalam perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA ingin menawarkan harga istimewa bagi pakaian seragam PUSPANITA seperti berikut
selagi stok masih ada:-
1. 1 pakaian seragam (kain ela 4.5m dan 1 selendang/tudung
Harga Asal: RM128.00 Harga Promosi :RM115.00

2. 1 pakaian seragam (kain ela 4.5rn)
Harga Asal:RM98.00 Harga Promosi: RM90.00


Ahli PUSPANITA DBP yang berminat hendaklah berhubung terus dengan Puan Rohani Ghazali di samb. 1939 . Promosi istimewa pakaian seragam ini akan berakhir pada 1 Julai 2013.

21 April 2013

Pertandingan Mencipta Blog

 Pihak PUSPANITA DBP akan menganjurkan satu pertandingan mencipta blog individu . Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA DBP sahaja.

Pertandingan bermula mulai tarikh 21 April sehingga 31 Mei 2013..

3 hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga berupa barangan ditawarkan untuk blog yang terbaik.

Sila muat turun syarat penyertaan
http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/pertandinganblog.doc



17 April 2013

Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Penjawat Awam(KPM)

Pantun merupakan genre puisi tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun yang lampau. Di Malaysia, pantun telah menjadi lambang kebijaksanaan berfikir dan simbol artistik masyarakat Melayu zaman-berzaman. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Oleh itu, dalam usaha mewariskan puisi tradisional Melayu kepada generasi muda supaya terus dipelihara sebagai satu warisan budaya bangsa,
PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP akan mengadakan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk pelajar sekolah menengah dan penjawat awam.

Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Penjawat Awam.

Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2013.

15 April 2013

Anugerah Siti Khadijah PUSPANITA Ke-II


Anugerah Siti Khadijah ialah anugerah dwitahunan yang diberikan kepada ahli PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka yang berjaya memperlihatkan ciri-ciri keterampilan diri yang unggul. Anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2010 dan mula dilaksanakan pada tahun 2011. Antara matlamat anugerah ini adalah untuk mengangkat dan mengiktiraf ahli PUSPANITA DBP yang gigih dan berjaya dalam kerjaya dan keluarga mereka. Sehubungan dengan itu, PUSPANITA DBP mengalu-alukan puan-puan untuk mencalonkan ahli yang layak untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siti Khadijah DBP KE-II.
Syarat dan peraturan:
1. Pencalonan terbuka kepada semua ahli Puspanita DBP.
2. Tempoh menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun dari tarikh permohonan dibuka.
3. Tarikh tutup pencalonan ialah 30 April 2013.


4. Borang pencalonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
 
Urus Setia Anugerah Siti Khadijah Ke-II,PUSPANITA DBP,
Bahagian Ensiklopedia, Tingkat 18,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Puan Fauziah binti Hassan) atau e-mel hfauziah@dbp.gov.my 


 

3 April 2013

Bayaran Yuran PUSPANITA DBP 2013


Ahli PUSPANITA yang budiman, 

Disertakan surat berkaitan bayaran yuran PUSPANITA(klik di sini)  untuk tahun 2013 dan senarai ahli terkini PUSPANITA2013.(klik di sini)
Ahli yang ingin membayar yuran secara tunai, sila kemukakan bayaran sebelum 15 April 2013  kepada Puan Rohana binti Yahaya,  Penolong Bendahari, di Bahagian Sistem Maklumat, talian telefon 03-21481813.   Sekiranya pihak kami tidak menerima bayaran yuran selepas daripada tarikh yang telah ditetapkan, bayaran yuran Puspanita tahun 2013 akan dibuat melalui potongan gaji ahli, pada bulan  Jun 2013. Kerjasama puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.