Tanggungjawab Biro

BIRO PENDIDIKAN dan TABUNG LATIHAN  
Jawatankuasa Biro Pendidikan dan Tabung Latihan
 
Pengerusi
Puan Musazliza binti Mustan Shir

.
  
Tugas dan Tanggungjawab
  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Mendapatkan senarai nama anak ahli Puspanita yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM dan menyerahkannya kepada Setiausaha.
  • Mendapatkan nama anak ahli yang ingin memohon skim tabung latihan.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan di serahkan kepada  Biro Penerbitan.
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat.
  • Menulis semua kegiatan aktiviti yang dijalankan ke dalam buletin Sesama Kita
  • Membantu jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan kerja-kerja ad-hoc.
________________________________________________________________________________

BIRO SUKAN DAN REKREASI
Jawatankuasa  Biro Sukan dan Rekreasi

 
Pengerusi
Puan Siti Zailan binti Darus

.
  
Tugas dan Tanggungjawab
  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro. 
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Bertanggungjawab mengadakan sukan dalam dan luar supaya dapat mempertingkatkan keahlian ahli PUSPANITA DBP.
  • Mengendalikan kelab sukan.
  • Penyelaraskan penglibatan PUSPANITA DBP sukan anjuran PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat.
  • Menulis semua kegiatan aktiviti yang dijalankan ke dalam buletin Sesama Kita.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan menyerahkannya kepada  Biro Penerbitan.
  • Membantu Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP melaksanakan kerja-kerja ad-hoc
_______________________________________________________________________________

BIRO SOSIAL
Jawatankuasa dan Perancangan Biro Sosial 

Pengerusi
Puan Kamsiah binti Mohamad

.

  



          Tugas dan Tanggungjawab
  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Menguruskan rombongan menziarahi ahli-ahli Puspanita yang sakit, bersalin dan meninggal dunia.
  • Memberi cenderamata untuk ahli yang sakit dan bersalin.
  • Merancang aktiviti ke rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan lain-lain.
  • Menguruskan aktiviti pelancongan dalam dan luar negara.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan di serahkan kepada  Biro Penerbitan.
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat.
  • Menulis semua kegiatan aktiviti yang dijalankan ke dalam buletin Sesama Kita.
  • Membantu jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan kerja-kerja ad-hoc.
____________________________________________________________________________

BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA

Jawatankuasa dan Perancangan Biro Kebajikan dan Agama 


Pengerusi
Puan Kamariah binti Yusof


 

____________________________________________________________________________

BIRO PENERBITAN
Jawatankuasa Biro Penerbitan
 
Pengerusi
Puan Yusnizamawar binti Mohd Anuar

.
 
Tugas dan Tanggungjawab
  • Ketua Biro bertanggungjawab dalam pelantikan ahli Biro.
  • Ketua Biro bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Biro.
  • Ketua Biro bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Ketua Biro bertanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Ketua Biro bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Ketua Biro bertanggungjawab menyediakan laporan semua aktiviti Biro untuk mesyuarat dan bertindak sebagai Setiausaha bagi tujuan Buku Laporan Mesyuarat Agung Terhimpun PUSPANITA DBP.
  • Ketua Biro bertanggungjawab menerima dan menyemak laporan kegiatan aktiviti yang disediakan oleh Biro-Biro untuk dimuatkan dalam Buku Mesyuarat Agung Terhimpun PUSPANITA DBP.
  • Biro bertanggungjawab menyemak dan menyediakan reka bentuk iklan/hebahan untuk semua biro dan menguruskan penerbitannya.
  • Biro bertanggungjawab menguruskan penerbitan Buku Laporan Tahunan untuk Mesyuarat Agung Terhimpun PUSPANITA DBP.
  • Biro bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan kad ucapan tahniah, takziah dan hari lahir.
  • Biro bertanggungjawab menyiarkan maklumat aktiviti PUSPANITA DBP yang telah dijalankan dan akan dijalankan di papan kenyataan DBP.
  • Biro bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan tugasan  ad-hoc.
 

______________________________________________________________________________
BIRO KEWANGAN dan PEMBANGUNAN USAHAWAN
Jawatankuasa Biro Kewangan dan Pembangunan Usahawan
  

Pengerusi
Puan Haliza binti Jamaluddin

.
Tugas dan Tanggungjawab
  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Mengendalikan urusan  penyewaan tapak gerai yang dikenal pasti.
  • Mengutip sewa gerai dan menyerahkan kepada Bendahari.
  • Merancang sebarang aktiviti yang boleh menambahkan dana PUSPANITA DBP.
  • Merancang mendapatkan penajaan daripada  pihak luar.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan diserahkan kepada  Biro Penerbitan
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat.
  • Menulis semua kegiatan aktiviti yang dijalankan ke dalam buletin Sesama Kita
  • Membantu jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan kerja-kerja ad-hoc.
__________________________________________________________________________

BIRO PUSAT SUMBER, PENERANGAN DAN IT
Jawatankuasa Biro Pusat Sumber, Penerangan dan IT


Pengerusi.Puan Noorawati binti Jalaluddin
.





         Tugas dan Tanggungjawab
  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Menyebarkan semua bahan hebahan melalui papan kenyataan, TV plasma, siar raya, laman sesawang dan e-mel PUSPANITA DBP.
  • Mewujudkan e-mel Jawatankuasa dan semua ahli PUSPANITA DBP.
  • Membina laman sesawang PUSPANITA DBP dalam laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Menyediakan persembahan multi media dari masa ke semasa.
  • Menyimpan pangkalan data maklumat ahli PUSPANITA DBP dan data aktiviti PUSPANITA DBP.
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat.  
  • Membantu jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan kerja-kerja ad-hoc.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan di serahkan kepada  Biro Penerbitan.
_______________________________________________________________________________
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Jawatankuasa BiroTugas-tugas Khas


Pengerusi
Puan Fauziah binti Hassan


.
Tugas dan Tanggungjawab
  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Menyelaraskan semua aktiviti yang berkaitan dengan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Meningkatkan bilangan ahli PUSPANITA DBP.
  • Mewakili PUSPANITA DBP ke mesyuarat PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengambil makluman dan tindakan segera.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan diserahkan kepada  Biro Penerbitan.
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat
  • Menulis semua kegiatan aktiviti yang dijalankan ke dalam buletin Sesama Kita
  • Membantu jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan kerja-kerja ad-hoc