28 May 2013

Anda ingin membuat kejutan kepada teman-teman? Anda tempah, kami hantar !



 

Kompilasi Resepi Lauk-pauk dan Kuih-muih

Ingin dapatkan resepi-resepi di bawah? Jangan lupa datang ke kaunter jualan PUSPANITA semasa Program semarak Kasih pada 11 Jun 2013 untuk mendapatkan resepi-resepi ini dalam Kompilasi Masakan Tradisional : Kuih-muih dan Lauk-pauk . Stok adalah terhad.







 















.stok adalah terhad.

20 May 2013

Majlis Semarak Kasih Anjuran PUSPANITA DBP


Kem Bahasa Inggeris Anak-anak PUSPANITA KPM/Warga KPM

Photo: Pengumuman untuk semua ahli PUSPANITA DBP

KEM BAHASA INGGERIS ANAK-ANAK PUSPANITA KPM/ WARGA KPM 
Biro Pusat Sumber, PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa akan menganjurkan Kem Bahasa Inggeris seperti ketetapan berikut :

 Tarikh                 :  4-6 Jun  2013 (Selasa-Khamis)

 Tempoh              :  3 hari  2 malam

 Tempat               :  Hulu Langat, Selangor

 Peserta               :  Terbuka kepada murid berumur 10-15 tahun

 Bayaran              :  RM 100.00 seorang (ahli PUSPANITA KPM)
                              RM 130.00 seorang (bukan ahli PUSPANITA 
                              KPM)
                                                            
* Bayaran termasuk bahan kursus, makan-minum, penginapan, pengangkutan dan insuran. Peserta juga akan diberi sijil penyertaan. 
Sila hubungi  Puan Musazliza di samb. 2491 ATAU Puan Aishah di samb.  1148.  Urusan kenderaan tidak disediakan.



Biro Pusat Sumber, PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa akan menganj...urkan Kem Bahasa Inggeris seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4-6 Jun 2013 (Selasa-Khamis)

Tempoh : 3 hari 2 malam

Tempat : Hulu Langat, Selangor

Peserta : Terbuka kepada murid berumur 10-15 tahun

Bayaran : RM 100.00 seorang (ahli PUSPANITA KPM)
RM 130.00 seorang (bukan ahli PUSPANITA
KPM)

* Bayaran termasuk bahan kursus, makan-minum, penginapan, pengangkutan dan insuran. Peserta juga akan diberi sijil penyertaan.
Sila hubungi Puan Musazliza di samb. 2491 ATAU Puan Aishah di samb. 1148. Urusan kenderaan tidak disediakan.
See More

Lawatan ke Kelantan dan Terengganu anjuran PUSPANITA DBP mulai 28 Jun - 2 Julai 2013.

Ahli PUSPANITA DBP yang budiman,

Ahli adalah dipelawa untuk mengikuti lawatan ke Kelantan dan Terengganu anjuran PUSPANITA DBP mulai 28 Jun - 2 Julai 2013.

Untuk peranyaan dan tempahan sila hubungi
Puan noraini Arifin (8702) atau Puan Maznun Arifa M. Makhtar (1434)

Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji.


16 May 2013

Sukan Dalaman Antara Jabatan PUSPANITA DBP



Teknik Kaedah Pembelajaran “Easy Math” Untuk Pelajar UPSR dan PMR


Ahli PUSPANITA yang budiman,

Teknik Kaedah Pembelajaran “Easy Math” Untuk Pelajar UPSR dan PMR Anjuran Biro Sosial PUSPANITA Bersama MESCA dan KESKEP BPSM, Kementerian Pelajaran Malaysia sempena cuti sekolah bagi pelajar berumur antara 10 -15 tahun selama 2 hari. Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM10.00 bagi makan/minum. Borang penyertaan disertakan.
Tarikh : 27 & 28 Mei 2013 (Isnin & Selas...a)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 pagi
Pendaftaran : 8.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat : Aras 7, Bilik MESCA Blok E14, Komplek E
Putrajaya

Muat turun borang penyertaan: http://dbp.gov.my/teknik1.doc

Sila hubungi: Puan Aishah Salleh (03-2148 1148)

15 May 2013

Panggilan Terakhir - Pertandingan Mencipta Blog - Tarikh Tutup 31 Mei 2013



Pihak PUSPANITA DBP sedang  menganjurkan satu pertandingan mencipta blog individu . Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA DBP sahaja. Pertandingan bermula mulai tarikh 21 April sehingga 31 Mei 2013.

 

Hadiah:

Tempat pertama: Sebuah Power Bank (Portable Charger Battery)  13000mAh  
Tempat Kedua    : Sebuah Power Bank (Portable Charger Battery)  11,200mAh
Tempat ketiga    : Sebuah Power Bank  (Portable Charger Battery)   11,200mAh


Tujuan:

1 Menggalakkan ahli PUSPANITA  membina blog supaya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan.
2. Ahli PUSPANITA dapat membina rangkaian persahabatan secara dalam talian.
3. Ahli PUSPANITA dapat berkongsi berita terkini (politik, agama dan perkembangan dunia)
4. Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan mengikuti teknologi semasa.

Syarat-syarat:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang berdaftar.
  2. Ahli PUSPANITA hendaklah mendaftar dengan menghantar nama dan bahagian dan e-melkan kepada nora1@dbp.gov.my
3.    Blog hendaklah dibina baru dan dan pemarkahan dibuat dari aspek isi, kreativiti dan bermanfaat.

4.    Keputusan hakim adalah muktamad.
  1. Hasil karya boleh menggunakan mana-mana gambar-gambar yang sedia ada di dalam internet.
  2. Ahli PUSPANITA hendaklah  memaklumkan  blog yang  telah siap  ke nora1@dbp.gov.my.
    Sila nyatakan url blog tersebut selewat-lewatnya 1 Jun 2013.

Penilaian:


  1. Segala keputusan adalah muktamad.
  2. Keputusan pemenang akan dimaklumkan di dalam Facebook dan Blog PUSPANITA DBP pada awal bulan Jun 2013.
Contoh blog yang boleh dijadikan panduan:
 
 
 
 
 

10 May 2013

Pertandingan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk Penjawat Awam.

Ahli PUSPANITA dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk Penjawat Awam.
Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Penjawat Awam.

Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2013.


8 May 2013

Pelantikan JK PUSPANITA DBP peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahniah di di atas pelantikan JK PUSPANITA DBP peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu:

Puan Hajah Jaminah Haji Hashim (Pengerusi Biro Penerbitan PUSPANITA KPM)
Puan Aishah Salleh (AJK Biro Penerbitan PUSPANITA KPM)

Puan Rohani Ghazali (Pengerusi Biro Keahlian PUSPANITA KPM)
Puan Hajah Raja Bi Nordin (Naib Pengerusi Biro Keahlian PUSPANITA KPM)

"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

2 May 2013

Pertandingan Masakan Tradisional

  • Terbuka kepada ahli PUSPANITA DBP sahaja.
  • Yuran penyertaan RM 5.00 untuk  SATU kategori.
  • Setiap peserta hanya perlu membawa masakan yang telah siap dimasak pada hari pertandingan .
  • Segala hiasan dan  cara menghidang  ditanggung oleh peserta.
  • Peserta diminta  menyediakan resipi dalam satu halaman dan maklumat tentang masakan yang disediakan  dalam satu halaman lagi. 
(SILA E-MEL KEPADA URUSETIA SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN)
Seorang peserta dibenarkan menyertai  kedua-dua kategori .
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 MEI 2013
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA:
 
    PUAN YUSNIZAMAWAR MOHD ANUAR  (sambungan  2758)

    PUAN NURHIDAYAH MOHD HAMID (sambungan 3027)

    PUAN NURULHUDA MOHAMAD ALI (sambungan 3027)