Biro Sukan Puspanita Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Badan Keluarga DBP, akan mengadakan senam tari (aerobik) pada setiap hari Selasa bermula pada 14 februari 2012, bertempat di Ruang legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Penyertaan terbuka kepada semua staf DBP. Bayaran sebanyak RM5 seorang akan dikenakan setiap kali menyertai program ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Zainah Ismail di sambungan 1597 atau Puan Rosmiza Ismail di sambungan 3034.
No comments:
Post a Comment