19 April 2012

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI / LADANG ANGGUR (PERLIS)

- 29 Jun 2012 - 2 Julai 2012
- Penginapan :3 hari 2 malam
-Harga pakej: RM295.00 (Dewasa) RM220.00 (Kanak-kanak)
(termasuk pengangkutan dan tambang feri)
- Sila hubungi Puan Kamsiah Mohmad (1532) atau  Puan Hajah Raja bi Noordin (1815)
 
Maklumat lanjut: http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/agenda_terkini_mei.doc


15 April 2012

Lawatan Singapura bersama Puspanita DBP(4 hari 3 malam)

Harga Pakej :Dewasa - RM 550.00 seorang dan kanak-kanak – RM 420.00 seorang
Termasuk :
1. Penginapan 3 Malam di Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru
2. Tiket masuk ke Universal Studio Singapura.
3. Pengangkutan sepanjang perjalanan.
4. Lawatan   Johor Bahru – Singapura 

Ahli yang berminat sila hubungi Puan Hajah Raja Bi binti Nordin (2148 1815) atau Puan Kamsiah binti Mohmad (2148 1532).

Ceramah Kesihatan

Satu ceramah kesihatan anjuran Biro Kesihatan , PUSPANITA KPM akan diadakan pada 27 April 2012 mulai dari jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Putrajaya . Tajuk ceramah yang akan disampaikan adalah "Senaman Untuk Kesihatan".
Sekiranya ada ahli yang berminat bolehlah maklumkan kehadiran kepada Aishah di sambungan 3093 atau emel chah@dbp.gov.my pada atau sebelum 18 April 2012 untuk surat pelepasan waktu pejabat

Lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate Wonderland

Pada 6 April 2012 yang lepas, Ahli PUSPANITA telah mengadakan lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate Wonderland di Seri Kembangan , Selangor. Seramai 30 orang ahli telah turut serta dalam lawatan ini yang berlangsung mulai dari 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.



Ahli diberi penerangan ringkas tentang pemprosesan cokelat, melihat pameran , melihat mesin memproses cokelat dan seterusnya membuat pembelian cokelat pelbagai jenis dan rasa.


Selamat datang kepada Ketua Puspanita DBP baru



Pihak PUSPANITA DBP mengucapkan selamat datang kepada Ketua PUSPANITA DBP yang baru, Puan Hajah Jaminah binti Haji Hashim.(Isteri Ketua Pengarah DBP) Beliau telah mempengerusikan mesyuarat PUSPANITA DBP Ke-1/2012 pada 4 April 2012 yang lepas dan telah diberi taklimat aktiviti setiap biro dan pembentangan laporan kewangan.
 

3 April 2012

Senam Tari Aerobik

Biro Sukan Puspanita Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Badan Keluarga DBP, akan mengadakan senam tari  (aerobik) pada setiap hari Selasa bermula pada 14 februari 2012, bertempat di Ruang legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang.  Penyertaan terbuka kepada semua staf  DBP. Bayaran  sebanyak RM5 seorang  akan dikenakan  setiap kali menyertai program  ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Zainah Ismail di sambungan  1597 atau Puan Rosmiza Ismail di sambungan 3034.