4 December 2012

Program TEENS AND CASH - "Remaja Berhemat, Keluarga Berkat, Negara Selamat"

Semua anak-anak Ahli PUSPANITA dijemput untuk menghadiri program TEENS AND CASH yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 10 Disember 2012
Masa: 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Tun Siti Hasmah Rumah PUSPANITA Jalan Hose Kuala Lumpur.

Ahli hendaklah memberikan nama anak masing-masing kepada Puan Rohani Ghazali melalui emel: rohani2@dbp.gov.my atau ubungi di talian 1936.


4 November 2012

Kursus Asas Pembangunan Blog Bagi Ahli PUSPANITA KPM

 Dimaklumkan Biro Teknologi Maklumat PUSPANITA, KPM akan mengadakan kursus seperti di atas bagi memberikan pendedahan kepada para ahli PUSPANITA bagaimana untuk membangunkan sebuah blog bagi tujuan persendirian atau perniagaan.

Butiran program:
Tarikh: 6 & 7 November 2012 (2 sesi)
mulai jam 9.00 pagi - 4.30 petang.
Tempat: Bilik Latihan Kompu...

ter, Aras 4, Blok E11, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian pelajaran Malaysia, PUTRAJAYA.
Kereta disediakan hanya pada hari pertama sahaja 6/11/2012 (pergi/balik) manakala pergi sendiri pada 7/11/2012.
(Bertolak jam 7.30 pagi dari DBP pada 6/11/2012)
Sesiapa yang berminat sila hubungi Puan Rohani Ghazali(1936) atau Puan Noorawati Jalaluddin. (1797). Surat pelepasan untuk menghadiri kursus akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Terdapat tiga (3) kekosongan tempat bagi ahli PUSPANITA yang berminat.

1 October 2012

Majlis Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2012

Sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 2012 yang dijangka akan disambut pada 26 Oktober 2012, Puspanita DBP dengan kerjasama Badan Keluarga DBP dan Koperasi DBP akan menganjurkan Program Ibadah Korban dan Kenduri DBP, yang akan diadakan pada 29 Oktober 2012(Isnin) mulai dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang , di Bangunan Lama DBP. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput menghadiri majlis tersebut. Sesiapa yang ingin menjadi peserta ibadah korban bolehlah menghubungi Puan Hajah Kamariah Yusof (03-2148 2705)- Bahagian Perkamusan. RM400.00 bagi satu bahagian lembu. Bayaran boleh dibuat secara tunai, ansuran melalui potongan gaji atau ansuran tanpa potongan gaji.

20 September 2012

Meraikan bakal haji

Majlis meraikan bakal haji  dari PUSPANITA DBP di Kementerian Pelajaran Malaysia anjuran PUSPANITA KPM pada 13/09/2012. iaitu Puan Badullaily binti Abu Hassan(Bahagian Buku Sastera), Puan Zabidah binti Yahya(Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja) dan  Puan Norazian binti Ahmad (Bahagian Buku Sastera) .Tahniah semua...selamat pergi, selamat kembali dan semoga dapat haji yang mabrur....Amin.

20 June 2012

Notis Mesyuarat Agung Terhimpun Ke-7 PUSPANITA DBP

PUSPANITA DBP akan mengadakan dua majlis pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 26 Jun 2012
Masa: 2.15 petang -3.30 petang
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP

Tarikh: 26 Jun 2012
Masa: 3.30 - 4.30 petang
Tempat: Dewan Bankuet, Tingkat 1, Menara DBP

Semua ahli PUSPANITA dijemput hadir.

Notis Mesyuarat Agung Terhimpun Ke-7 PUSPANITA DBP

PUSPANITA DBP akan mengadakan dua majlis pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 26 Jun 2012
Masa: 2.15 petang -3.30 petang
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP

Tarikh: 26 Jun 2012
Masa: 3.30 - 4.30 petang
Tempat: Dewan Bankuet, Tingkat 1, Menara DBP

Semua ahli PUSPANITA dijemput hadir.

4 June 2012

Pertandingan Mencipta Banner untuk blog PUSPANITA DBP

Pihak PUSPANITA DBP akan menganjurkan satu pertandingan mencipta banner untuk ditempatkan di bahagian atas blog PUSPANITA DBP bagi menggantikan banner yang lama. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA DBP sahaja.
Pertandingan bermula hari ini, 5 Jun 2012 sehingga 30 Jun 2012.
3 hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga berupa wang tunai  akan ditawarkan untuk banner yang terpilih untuk dijadikan banner rasmi PUSPANITA DBP.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, berikut merupakan syarat-syarat pertandingan:

Syarat-syarat:
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang berdaftar.
  2. Bilangan penyertaan adalah tidak terhad. Peserta boleh menghantar seberapa banyak hasil karya mereka kepada kami.
  3. Saiz gambar/dokumen mestilah berukuran 950 pixel  X 184 pixel sahaja.
  4. Format gambar/dokumen mestilah dalam PNG atau JPG sahaja.
  5. Tema warna untuk gambar/dokumen boleh dipilih sama ada Ungu, Biru,Merah Jambu, Merah, Oren, Kuning, dan Putih sahaja.
  6. Banner hendaklah mengandungi logo rasmi PUSPANITA DBP, logo rasmi DBP, Perkataan 'PUSPANITA" dan perkataan " Persatuan Suri dan Anggota  Perkhidmatan Awam Malaysia".
  7. Hasil karya boleh menggunakan mana-mana gambar-gambar yang sedia ada di dalam internet tetapi perlulah mengandungi sentuhan daripada anda sendiri. Bukan hasil yang sudah siap semata-mata.
  8. Ahli PUSPANITA boleh menghantar rekaan banner ke nora1@dbp.gov.my.


Penilaian:
  1. Segala keputusan yang kami jalankan adalah muktamad dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
  2. Keputusan pemenang akan dimaklumkan di dalam Facebook dan Blog.
.