Sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 2012 yang dijangka akan disambut pada 26 Oktober 2012, Puspanita DBP dengan kerjasama Badan Keluarga DBP dan Koperasi DBP akan menganjurkan Program Ibadah Korban dan Kenduri DBP, yang akan diadakan pada 29 Oktober 2012(Isnin) mulai dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang , di Bangunan Lama DBP. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput menghadiri majlis tersebut. Sesiapa yang ingin menjadi peserta ibadah korban bolehlah menghubungi Puan Hajah Kamariah Yusof (03-2148 2705)- Bahagian Perkamusan. RM400.00 bagi satu bahagian lembu. Bayaran boleh dibuat secara tunai, ansuran melalui potongan gaji atau ansuran tanpa potongan gaji.
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
1 October 2012
20 September 2012
Meraikan bakal haji
Majlis meraikan bakal haji dari PUSPANITA DBP di Kementerian Pelajaran Malaysia anjuran PUSPANITA KPM pada 13/09/2012. iaitu Puan Badullaily binti Abu Hassan(Bahagian Buku Sastera), Puan Zabidah binti Yahya(Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja) dan Puan Norazian binti Ahmad (Bahagian Buku Sastera) .Tahniah semua...selamat pergi, selamat kembali dan semoga dapat haji yang mabrur....Amin.
23 May 2012
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR, PMR DAN SPM
ANJURAN:BIRO PENDIDIKAN DAN TABUNG LATIHAN PUSPANITA KPM PADA:29 DAN 30 MEI 2012 (SELASA DAN RABU )
TEMPAT:
BILIK SRI DUTA, ARAS 8,BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM,
BLOK E9, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,PUTRAJAYA.
Sila hubungi Puan Aishah Salleh untuk maklumat lanjut (3093)
TEMPAT:
BILIK SRI DUTA, ARAS 8,BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM,
BLOK E9, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,PUTRAJAYA.
Sila hubungi Puan Aishah Salleh untuk maklumat lanjut (3093)
15 April 2012
Lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate Wonderland
Pada 6 April 2012 yang lepas, Ahli PUSPANITA telah mengadakan lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate Wonderland di Seri Kembangan , Selangor. Seramai 30 orang ahli telah turut serta dalam lawatan ini yang berlangsung mulai dari 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Ahli diberi penerangan ringkas tentang pemprosesan cokelat, melihat pameran , melihat mesin memproses cokelat dan seterusnya membuat pembelian cokelat pelbagai jenis dan rasa.
3 April 2012
Senam Tari Aerobik
Biro Sukan Puspanita Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Badan Keluarga DBP, akan mengadakan senam tari (aerobik) pada setiap hari Selasa bermula pada 14 februari 2012, bertempat di Ruang legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Penyertaan terbuka kepada semua staf DBP. Bayaran sebanyak RM5 seorang akan dikenakan setiap kali menyertai program ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Zainah Ismail di sambungan 1597 atau Puan Rosmiza Ismail di sambungan 3034.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Zainah Ismail di sambungan 1597 atau Puan Rosmiza Ismail di sambungan 3034.
7 December 2011
Majlis Pelancaran dan Penyampaian Anugerah Siti Khadijah Puspanita DBP
Tarikh: 14 Disember 2011 (Isnin)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Dewan Bankuet, Aras 1, Menara DBP, Kuala Lumpur
Ahli Puspanita DBP yang berminat sila hadir, sila daftarkan nama seblum 8 Disember 2011 kepada Puan Faezah binti Muhayat(2537), Puan Kamariah Yusof (2705) dan Puan Aishah Salleh(3093)

Subscribe to:
Posts (Atom)