10 May 2013

Pertandingan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk Penjawat Awam.

Ahli PUSPANITA dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk Penjawat Awam.
Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Penjawat Awam.

Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2013.


8 May 2013

Pelantikan JK PUSPANITA DBP peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahniah di di atas pelantikan JK PUSPANITA DBP peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu:

Puan Hajah Jaminah Haji Hashim (Pengerusi Biro Penerbitan PUSPANITA KPM)
Puan Aishah Salleh (AJK Biro Penerbitan PUSPANITA KPM)

Puan Rohani Ghazali (Pengerusi Biro Keahlian PUSPANITA KPM)
Puan Hajah Raja Bi Nordin (Naib Pengerusi Biro Keahlian PUSPANITA KPM)

"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

2 May 2013

Pertandingan Masakan Tradisional

  • Terbuka kepada ahli PUSPANITA DBP sahaja.
  • Yuran penyertaan RM 5.00 untuk  SATU kategori.
  • Setiap peserta hanya perlu membawa masakan yang telah siap dimasak pada hari pertandingan .
  • Segala hiasan dan  cara menghidang  ditanggung oleh peserta.
  • Peserta diminta  menyediakan resipi dalam satu halaman dan maklumat tentang masakan yang disediakan  dalam satu halaman lagi. 
(SILA E-MEL KEPADA URUSETIA SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN)
Seorang peserta dibenarkan menyertai  kedua-dua kategori .
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 MEI 2013
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA:
 
    PUAN YUSNIZAMAWAR MOHD ANUAR  (sambungan  2758)

    PUAN NURHIDAYAH MOHD HAMID (sambungan 3027)

    PUAN NURULHUDA MOHAMAD ALI (sambungan 3027)

23 April 2013

Program Kesejahteraan Kesihatan Wanita

Biro Kesihatan (JNJK dan BPG) PUSPANITA Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Program Kesejahteraan Kesihatan Wanita seperti berikut:-

Tarikh : 2 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat :... Dewan Serbaguna
Aras 9 Blok E12 Kompleks E
Kementerian Pelajaran Malaysia
62604 PUTRAJAYA
Ahli Puspanita yang berminat untuk membuat pemeriksaan darah , pemeriksaan Pap Smear serta Memogram sila hubungi  Puan Aishah Salleh (samb. 3093) sebelum 26 April 2013.

22 April 2013

Pakaian Seragam Baru PUSPANITA

PUSPANITA Kebangsaan telah mencetak pakaian seragam baru bewarna ungu dan bercorak bunga raya kuning untuk ahli-ahli PUSPANITA dan kini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada Cawangan Kementerian dan Negeri. Dalam perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA ingin menawarkan harga istimewa bagi pakaian seragam PUSPANITA seperti berikut
selagi stok masih ada:-
1. 1 pakaian seragam (kain ela 4.5m dan 1 selendang/tudung
Harga Asal: RM128.00 Harga Promosi :RM115.00

2. 1 pakaian seragam (kain ela 4.5rn)
Harga Asal:RM98.00 Harga Promosi: RM90.00


Ahli PUSPANITA DBP yang berminat hendaklah berhubung terus dengan Puan Rohani Ghazali di samb. 1939 . Promosi istimewa pakaian seragam ini akan berakhir pada 1 Julai 2013.

21 April 2013

Pertandingan Mencipta Blog

 Pihak PUSPANITA DBP akan menganjurkan satu pertandingan mencipta blog individu . Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA DBP sahaja.

Pertandingan bermula mulai tarikh 21 April sehingga 31 Mei 2013..

3 hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga berupa barangan ditawarkan untuk blog yang terbaik.

Sila muat turun syarat penyertaan
http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/pertandinganblog.doc



17 April 2013

Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Penjawat Awam(KPM)

Pantun merupakan genre puisi tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun yang lampau. Di Malaysia, pantun telah menjadi lambang kebijaksanaan berfikir dan simbol artistik masyarakat Melayu zaman-berzaman. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Oleh itu, dalam usaha mewariskan puisi tradisional Melayu kepada generasi muda supaya terus dipelihara sebagai satu warisan budaya bangsa,
PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP akan mengadakan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk pelajar sekolah menengah dan penjawat awam.

Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Penjawat Awam.

Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2013.