Pantun merupakan genre puisi tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun yang lampau. Di Malaysia, pantun telah menjadi lambang kebijaksanaan berfikir dan simbol artistik masyarakat Melayu zaman-berzaman. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Oleh itu, dalam usaha mewariskan puisi tradisional Melayu kepada generasi muda supaya terus dipelihara sebagai satu warisan budaya bangsa,
PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP akan mengadakan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk pelajar sekolah menengah dan penjawat awam.
Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah
Sila muat turun brosur Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 Untuk Penjawat Awam.
Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2013.
17 April 2013
15 April 2013
Anugerah Siti Khadijah PUSPANITA Ke-II
Anugerah
Siti Khadijah ialah anugerah dwitahunan yang diberikan kepada ahli PUSPANITA Dewan
Bahasa dan Pustaka yang berjaya memperlihatkan ciri-ciri keterampilan diri yang
unggul. Anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2010 dan mula dilaksanakan pada
tahun 2011. Antara matlamat anugerah ini adalah untuk mengangkat dan
mengiktiraf ahli PUSPANITA DBP yang gigih dan berjaya dalam kerjaya dan
keluarga mereka. Sehubungan dengan itu, PUSPANITA DBP mengalu-alukan puan-puan
untuk mencalonkan ahli yang layak untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah
Siti Khadijah DBP KE-II.
Syarat dan peraturan:
1. Pencalonan terbuka kepada semua ahli Puspanita DBP.
2. Tempoh menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun dari tarikh permohonan dibuka.
3. Tarikh tutup pencalonan ialah 30 April 2013.
4. Borang pencalonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
1. Pencalonan terbuka kepada semua ahli Puspanita DBP.
2. Tempoh menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun dari tarikh permohonan dibuka.
3. Tarikh tutup pencalonan ialah 30 April 2013.
4. Borang pencalonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Urus Setia Anugerah Siti Khadijah Ke-II,PUSPANITA DBP,
Bahagian Ensiklopedia, Tingkat 18,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Puan Fauziah binti Hassan) atau e-mel hfauziah@dbp.gov.my
3 April 2013
Bayaran Yuran PUSPANITA DBP 2013
Ahli
PUSPANITA yang budiman,
Disertakan surat berkaitan
bayaran yuran PUSPANITA(klik di sini) untuk tahun 2013 dan senarai ahli terkini PUSPANITA2013.(klik di sini)
Ahli yang ingin membayar yuran secara tunai, sila
kemukakan bayaran sebelum 15 April 2013 kepada Puan Rohana binti
Yahaya, Penolong Bendahari,
di Bahagian Sistem Maklumat, talian telefon 03-21481813. Sekiranya pihak kami tidak menerima bayaran yuran
selepas daripada tarikh yang telah ditetapkan, bayaran yuran Puspanita tahun
2013 akan dibuat melalui potongan gaji ahli, pada bulan Jun 2013. Kerjasama puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan
terima kasih.
31 March 2013
18 March 2013
Jualan PUSPANITA DBP
Jualan sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA DBP kali ke-8 2013 akan diadakan di Aras 1, Menara DBP pada 21 Mac 2013. Semua ahli dan bukan ahli PUSPANITA adalah dijemput .
Ada jualan tudung, pai, aksesori wanita, batik, baju kanak-kanak dan coklat. Jangan lupa....
Ada jualan tudung, pai, aksesori wanita, batik, baju kanak-kanak dan coklat. Jangan lupa....
28 February 2013
Mesyuarat Agung Terhimpun Kelapan PUSPANITA DBP 2013
Mesyuarat Agung Terhimpun Kelapan PUSPANITA DBP akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:
Tarikh: 21 Mac 2013
Masa: 8.30 pagi dan
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP.
Muat turun notis mesyuarat http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/notis2013.pdf
Tarikh: 21 Mac 2013
Masa: 8.30 pagi dan
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP.
Muat turun notis mesyuarat http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/notis2013.pdf
3 February 2013
Mesyuarat Agung KPM Tahun 2012/2013
Mesyuarat Agung PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia Ke-30 telah diadakan pada 30 Januari 2013 di Auditorium Parcel E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh YABhg Puan Sri Norainee binti Abd Rah...man , Penaung PUSPANITA, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Seramai 26 ahli PUSPANITA DBP telah menghadiri mesyuarat ini. Tahniah kepada Puan Rohani Ghazali yang telah menerima Anugerah Khas AJK PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA KPM Tahun 2013/2014 telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Rajabi Nordin yang terpilih untuk mengganggotai AJK PUSPANITA KPM Tahun 2013/2014

Subscribe to:
Posts (Atom)







