15 April 2013

Anugerah Siti Khadijah PUSPANITA Ke-II


Anugerah Siti Khadijah ialah anugerah dwitahunan yang diberikan kepada ahli PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka yang berjaya memperlihatkan ciri-ciri keterampilan diri yang unggul. Anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2010 dan mula dilaksanakan pada tahun 2011. Antara matlamat anugerah ini adalah untuk mengangkat dan mengiktiraf ahli PUSPANITA DBP yang gigih dan berjaya dalam kerjaya dan keluarga mereka. Sehubungan dengan itu, PUSPANITA DBP mengalu-alukan puan-puan untuk mencalonkan ahli yang layak untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siti Khadijah DBP KE-II.
Syarat dan peraturan:
1. Pencalonan terbuka kepada semua ahli Puspanita DBP.
2. Tempoh menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun dari tarikh permohonan dibuka.
3. Tarikh tutup pencalonan ialah 30 April 2013.


4. Borang pencalonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
 
Urus Setia Anugerah Siti Khadijah Ke-II,PUSPANITA DBP,
Bahagian Ensiklopedia, Tingkat 18,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Puan Fauziah binti Hassan) atau e-mel hfauziah@dbp.gov.my 


 

3 April 2013

Bayaran Yuran PUSPANITA DBP 2013


Ahli PUSPANITA yang budiman, 

Disertakan surat berkaitan bayaran yuran PUSPANITA(klik di sini)  untuk tahun 2013 dan senarai ahli terkini PUSPANITA2013.(klik di sini)
Ahli yang ingin membayar yuran secara tunai, sila kemukakan bayaran sebelum 15 April 2013  kepada Puan Rohana binti Yahaya,  Penolong Bendahari, di Bahagian Sistem Maklumat, talian telefon 03-21481813.   Sekiranya pihak kami tidak menerima bayaran yuran selepas daripada tarikh yang telah ditetapkan, bayaran yuran Puspanita tahun 2013 akan dibuat melalui potongan gaji ahli, pada bulan  Jun 2013. Kerjasama puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
 

18 March 2013

Jualan PUSPANITA DBP

Jualan sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA DBP kali ke-8 2013 akan diadakan di Aras 1, Menara DBP pada 21 Mac 2013. Semua ahli dan bukan ahli PUSPANITA adalah dijemput .
Ada jualan tudung, pai, aksesori wanita, batik, baju kanak-kanak dan coklat. Jangan lupa....


28 February 2013

Mesyuarat Agung Terhimpun Kelapan PUSPANITA DBP 2013



Mesyuarat Agung Terhimpun Kelapan PUSPANITA DBP akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:
Tarikh: 21 Mac 2013
Masa: 8.30 pagi dan
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP.

Muat turun notis mesyuarat http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/notis2013.pdf

3 February 2013

Mesyuarat Agung KPM Tahun 2012/2013

Mesyuarat Agung PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia Ke-30 telah diadakan pada 30 Januari 2013 di Auditorium Parcel E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh YABhg Puan Sri Norainee binti Abd Rah...man , Penaung PUSPANITA, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
 
 
 
Seramai 26 ahli PUSPANITA DBP telah menghadiri mesyuarat ini. Tahniah kepada Puan Rohani Ghazali yang telah menerima Anugerah Khas AJK PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA KPM Tahun 2013/2014 telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Rajabi Nordin yang terpilih untuk mengganggotai AJK PUSPANITA KPM Tahun 2013/2014
 
 
 

4 December 2012

Program TEENS AND CASH - "Remaja Berhemat, Keluarga Berkat, Negara Selamat"

Semua anak-anak Ahli PUSPANITA dijemput untuk menghadiri program TEENS AND CASH yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 10 Disember 2012
Masa: 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Tun Siti Hasmah Rumah PUSPANITA Jalan Hose Kuala Lumpur.

Ahli hendaklah memberikan nama anak masing-masing kepada Puan Rohani Ghazali melalui emel: rohani2@dbp.gov.my atau ubungi di talian 1936.