1 October 2012

Majlis Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2012

Sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 2012 yang dijangka akan disambut pada 26 Oktober 2012, Puspanita DBP dengan kerjasama Badan Keluarga DBP dan Koperasi DBP akan menganjurkan Program Ibadah Korban dan Kenduri DBP, yang akan diadakan pada 29 Oktober 2012(Isnin) mulai dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang , di Bangunan Lama DBP. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput menghadiri majlis tersebut. Sesiapa yang ingin menjadi peserta ibadah korban bolehlah menghubungi Puan Hajah Kamariah Yusof (03-2148 2705)- Bahagian Perkamusan. RM400.00 bagi satu bahagian lembu. Bayaran boleh dibuat secara tunai, ansuran melalui potongan gaji atau ansuran tanpa potongan gaji.